Thursday, February 5, 2015

RTM Dan Media Prima Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2015



RTM Dan Media Prima Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2015. Ramai yang tertanya-tanya mengapa tiada LIVE di saluran kebiasaan, Astro Arena 801 semasa perlawanan JDT vs Pahang di Piala Sumbangsih 2015 sedangkan perlawanan pembukaan Liga M itu amat menarik utk ditonton. 
Utk makluman anda, kontrak hak penyiaran FAM & Astro telahpun tamat pada akhir tahun lalu. Walaupun berkeinginan utk menyambung kontrak tersebut, namun FAM memilih utk menjalin kerjasama dengan MP & Silva, sebuah agensi media bertaraf 'international'.
Selepas segala persetujuan dicapai, FAM menyerahkan kepada MP & Silva utk memutuskan hak penyiaran Liga M sebelum agensi itu memilih RTM & Media Prima sebagai stesen tv tempatan sebagai penyiar rasmi Liga M 2015.
Liga Malaysia 2015
Terdapat beberapa kerugian jika Astro Arena sudah tidak melibatkan diri dalam penyiaran Liga M :
• Perlawanan berdefinisi tinggi (HD) & lebih berkualiti.
• Ulasan professional & menarik sepanjang perlawanan
• Previu pra-perlawanan ( 40 minit sebelum sepak mula & 15 minit selepas tamat perlawanan )
• Analisis ketika separuh masa ( perkongsian taktikal & grafik oleh pakar bola sepak )

Namun situasi ini turut memberi beberapa kebaikan :
• Tontonan lebih meluas kerana disiarkan oleh stesen tv awam
(cth : TV1, TV3, TV9)
• Tiada gangguan teknikal ketika cuaca buruk & hujan
• Liputan setiap perlawanan lebih banyak dengan gabungan lebih lima siaran tv.

Menjelang penswastaan Liga M pada musim hadapan, transformasi utk memberikan suasana perlawanan yang lebih 'high class' amat diperlukan dalam menaikkan mutu & kualiti Liga M.







Sumber: Rossacalla

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...