Monday, February 9, 2015

65 TAHUN ADALAH TEMPOH GILIRAN MENUNGGU TERKINI UNTUK MENUNAIKAN HAJI

OGOS 2014, 60 Tahun...Februari 2015 65 Tahun


Tempoh Menunggu Ibadah Haji Kini 65 TahunRakyat negara ini yang berkemampuan dinasihatkan mengerjakan umrah terlebih dahulu sementara menunggu giliran sehingga 65 tahun untuk menunaikan ibadah haji.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, cadangan itu diberikan kerana jumlah rakyat berdaftar untuk menunaikan haji kini sudah mencecah 1.6 juta orang.

"Kuota jemaah haji negara kini adalah kira-kira 27,900 orang dan selepas dikurangkan, ia hanya 22,320 orang sahaja bagi setiap tahun.

"Seandainya individu itu mendaftar tahun ini, mereka akan mengambil kira-kira 65 tahun lagi untuk dapat menunaikan haji," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Azeez mengulas tempoh menunggu bagi setiap rakyat negara ini yang berhasrat untuk menunaikan haji seandainya mendaftar pada tahun ini.

Pada 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata dari segi teknikal umat Islam di negara ini yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu 50 tahun untuk ke Tanah Suci.

Kata Jamil Khir, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit TH sedang menunggu giliran menunaikan ibadah itu.

Bagaimanapun kata Abdul Azeez, perkara itu akan diteliti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor kesihatan dan juga umur pemohon.

"Faktor umur adalah yang paling utama kerana kami akan bagi peluang kepada individu berumur 65 tahun ke atas yang belum pernah menunaikan haji untuk pergi terlebih dahulu," ujarnya.

Dalam pada itu kata Abdul Azeez rekod kategori warga emas berumur 75 tahun ke atas dalam sistem kini berjumlah 17,000 orang.

Dari segi caj pula katanya, harga sedia ada setiap jemaah adalah RM16,155 seorang tanpa subsidi.

"TH memberi subsidi RM6,175. Maka harga pakej biasa ialah RM9,980 bagi jemaah kali pertama," jelasnya - Astro Awani

5 comments:

Salma Tayo said...

salma pun daftar dulu tahun 2067 baru boleh pergi.huhu.

Najib Ariyan said...

hmmm sepatutnya mereka yang sudah menunaikan haji tidak diboleh kan pergi lagi... ini kerana haji hanya wajib sekali saja... dan Rasullulah pun mengerjakan haji cuma sekali... kalau rasa rindu pada Kaabah pergilah umrah...

Malek Ku said...

Huhu..nasibler..ada rezeki insyaAllah dapat pergi

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Lisa Andini said...

Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988Bet
Agen Sbobet
Agen Judi Online
Agen Judi
Bandar Judi
Agen Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...