Thursday, October 9, 2014

7 Soalan Dari Ahli UMNO YG Najib Mesti Baca!


Setakat neh yang dah share lebih kurang 1,903 facebookers. Geng2 UMNO pun ramai yang sokong dengan apa yang dia sampaikan. Agak2 Najib peduli tak? Ada dia baca tak? 
Hehe.
Soalan2 tersebut boleh dibaca kat bawah neh ;
Soalan berani mati kepada Perdana Menteri dari saya ahli UMNO nombor 02982371...
1. Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah ? Pernah ke makan anak tamban kering,bersayur cendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah ? Apa yg saya tengok kehidupan awak dalam filem TANDA PUTERA (filem wajib BTN) adalah semewah mewah kehidupan...(jangan pulak lepas ni awk arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut utk tunjuk awak motong getah)....
2. Awak ni pernah ke meniaga kecil kecil lan jual keropok lekor di pasar malam dgn gunakan kereta kancil 660.(kononnya sahut seruan mentri utk tambah pendapatan)..dah habih niaga kancil tak leh start pasal bateri kong...puncanya bateri yg sama diguna utk menerangi lampu waktu berniaga..? Pas tu bila balik kena tahan polis pasal payung berniaga..terjojol kat tingkap kancil ? Lepas tu kena saman pasal "kereta persendirian tak boleh bawa berniaga"....
3. Awak tahu tak hari ni org berpusu pusu pergi pasar beli persiapan raya ...bukan saja harga ayam yg naik..bahkan harga lengkuas,serai,daun kunyit pun naik...mana dia yg dikata KPDN akan pantau harga? Sedangkan saya tak nampak seorang pun penguatkuasa yg bertugas.. Lepas ni saya agak mesti ada menteri2 pembodek (terutama hasan malek,ku nan,shafei afdal,mat maslan,mail sabri) yg akan berkata..harga lengkuas naik sbb rakyat malas tanam !
4. Awak pernah ke melawat sesuatu kawasan dan nampak realiti sebenar?
Yg saya tau..bila awak turun tempat itu akan di hias indah..jalan berlopak akan di tampal atas arahan Fadilah Yusof...dan dilaksanakan oleh Jurutera Daerah...semua yg indah2 akan di pasang hingga tertopenglah wajah sebenar...semua sepanduk alu aluan akan di pasang...oleh Pemuda2 UMNO dan BN..yg diupah 30 ringgit dan di belanja tomyam oleh UMNO Bahagian ?
5. Pernahkan awak jalan bersendirian (mungkin boleh di temani 2-3 UTK) memandu waja dan melihat kehidupan rakyat marhaen ? Supaya awak boleh menyelami kehidupan mereka.... Yg saya tau...sekiranya awak nak turun...seminggu lebih awal SB akan berkampung dulu...di waktu lawatan pula seluruh agensi keselamatan akan mengawal lokasi...siren peronda pula akan melalak lalak di setiap laluan hingga orang buta pun tahu awak dah sampai....
6. Pernah kah awak secara terbuka menjumlahkan kerugian negara yg di seleweng oleh kroni kroni awak? Berapa bilionkah jumlah itu hingga rakyat terpaksa membayar dgn kos kenaikan harga minyak?
7. Bila awak nak letak jawatan?


Ape hei najib?

Source : Sos

1 comment:

Saya Winnie said...

Wah... soalan yang memang power la.. Saya sokong.. Tapi itu la, sorng mengadu, mana dia tgk. Busy smpai xda masa la tu.. huhu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...