Friday, October 3, 2014

7 Sebab Kerajaan Menaikkan Harga Minyak RON95 & Diesel, Naik 20 Sen Bermula 2 Oktober 2014

Salam semua...Bersyukur kepada KERAJAAN kerana telah mengurangkan subsidi RM 0.20sen
Ini bermakna banyak penjimatan yang dapat dilakukan untuk kerajaan.

Sesungguhnya kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat-rakyat..selaras dengan Merakyatkan Ekonomi...yeke?..ntah..aku pun lupa..


Sebab Kerajaan Menaikkan Harga Minyak RON95 & Diesel

1) RAMAI PENGGUNA KENDERAAN DI MALAYSIA GUNA RON97 SAHAJA

Jadi adalah tidak wajar jika RON97 dinaikkan harga...untuk mengelakkan ketidakstabilan ekonomi negara..kerajaan terpaksa menaikkan harga RON95 & Diesel,



2) HARGA KANGKUNG TURUN

Jadi nak menampung kerugian kerajaan setelah menurunkan harga kangkung..kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak...kerana lebih ramai yang makan kangkung daripada yang makan minyak...minyak boleh mnyebabkan obesiti, tak bagus untuk rakyat..


“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca...".. sila lihat video di bawah ini..




3) Timb. Menteri Kewangan Yang Pandai...

aku tulis ahmad maslan...tapi dia macam tau2 ja...



Ahmad maslan juga menyatakan:

"Kerajaan tanggung 3 bulan kehidupan rakyat Malaysia, kata Ahmad Maslan "

"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun." - kata Ahmad Maslan See more at: TMI

Sungguh hebat Ahmad maslan..beliau merupakan tokoh kewangan di Malaysia yang saya Tabik sejak beliau dilantik Timb.Men. Kewangan lagi...Harap satu hari dia akan jadi Menteri Kewangan Pertama.




Rm132 sebulan?
Bangang tahap apakh ini?

Rm132 ÷ 30 hari = rm 4.40 sehari

Rm 4.40 ÷ harga semasa petrol (rm2.30) = 1.19 liter..
penggunaan minyak sehari ialah sbyak 1.19liter
apa jenis kenderaan dia ni pakai?..ke tak bayar minyak?..sebab tu main agak jer..


5)Kerajaan Tidak mahu Orang Miskin...eh..tidak mahu rakyat hidup miskin

Untuk mengelakkan semakin ramai orang miskin..subsidi perlu dikurangkan..supaya lama kelamaan orang miskin akan terhapus...kerana di bandar-bandar luar negara...langsung tiada pengemis/gelandangan.. hebat kan?..cuma malaysia ada pengemis..sebab itula menteri tak suka..

Adnan berkata:
"Sekarang ni kita dah minta, mungkin dalam satu hingga dua minggu, siapa bagi duit kepada peminta sedekah ini pun akan ditangkap dan disaman. Dia banyak duit kan?  
"Pada ketika itu juga, ada resit RM150 bayar serta-merta pada penguat kuasa.  
"Kita akan keluarkan resit bersiri. Setiap kali bagi (sedekah), serta-merta bayar pada DBKL, "katanya

Kalau dibaca di The Malay Mail Online.. lebih teruk penghinaannya terhadap golongan gelandangan dan pengemis ni..

“The image of my city is very bad,” Tengku Adnan told a press conference here. 
“If I don’t do this sort of thing, society won’t be disciplined,” he added, when asked if he was being too harsh.  
The minister also called the homeless “lazy”, saying that some work only for a couple of days before quitting their jobs.  
“We found them work. They’re so lazy. After two days go and work, they run away. Then when we find out, they say it’s easy to find food in other places. That’s the problem,” said Tengku Adnan.  
“Begging is one thing. We got HIV problem, AIDS problem, because of drug addicts. All sorts of things,” said Tengku Adnan, who is also the Umno secretary-general ~ The MalayMail

Tak cukup dengan itu NGO yang memberikan makanan percuma buat gelandangan dan pengemis juga diusirnya keluar dari KL.

"NGO nak bagi makan pada gelandangan boleh bagi makan. Tapi jangan bagi makan dalam bandar.

"Mesti 2 kilometer jauh dari Kuala Lumpur. Lot10 (di Bukit Bintang) kita letak sebagai pusat, jadi kilometer jaraknya dari bangunan itu," katanya. 
Katanya lagi sekiranya NGO tersebut gagal melakukannya, mereka juga akan disaman.
Hmm..sungguh hebat..satu idea yang bernas dari adnan.


6) Rakyat perlu sentiasa bersyukur,,tenang dan redho jeler...

Kerajaan lebih suka rakyat yang pasrah dan pasif..dan berada dlam mentaliti "Bersyukur Kerana BN Ada" kerana hanya inilah yang akan menjamin masa hadapan Malaysia dengan aman sampai kiamat...kerana BN sahaja lah yang boleh menjamin masa hadapan dan pemberi rezeki.

Hasan Malek.....satu kenyataan yg sungguh membanggakan sebagai seorang menteri KPDNKK
BERSYUKURLAH, BUKAN PROTES


7)Harga minyak di Malaysia antara yang termurah di dunia

 Ya..memang betul...Malaysia merupakan antara negara termurah minyak di dunia..kita patut bersyukur kepada kerajaan BN...sape nak bagi harga minyak murah...hanya BN je boleh bagi kat dunia ni.

Jadi..mengikut firasat sayasukamalek.blogspot..ini adalah antara sebab-sebabnya..kenapa harga minyak naik lagi..apapun syabas dan berterima kasihla kepada Kerajaan BN ..



Dah..cukuplah..kalau banyak sangat puji BN..nnti cakap xikhlas plak kan...cukup la 7 dulu...sekian..adios


No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...