Friday, September 12, 2014

Temuduga Penguasa Kastam W41 September 2014

Salam, Salam sejahtera Salam 1 Malaysia..

6 & 10 September merupakan hari bersejarah buat calon-calon Penguasa Kastam,, yelah..apelagi macam-macam masalah yang timbul.. nasib baik SPA buat exam semula...dengan soalan yang sama...

1) Exam Online Punya Hal:

Walaupun benda dah lepas..saja nak cerita...kalau x..xde la namanya blog kan keh3...aku pasti ramai yang ada masalah...so ni adelah masalah yang aku hadapi...


[Masa start jawab dah mula..orang lain duk jawab..tapi aku kene tendang keluar dewan..11.20 dah..aku baru jawab 5 soalan kalau xsilap.. apekehei nye ni aku refresh banyak kali memang ni je kluar..memang STRESS aku dibuatnya..!]

Aku memang stress gile tak puas hati..
Memang What the.....Hel...vetica

Nasibla pada keesokannya ada reseat exam SPA buat..aku bgi pujian pada SPA la, sb buat meeting tergempar hari ahad juga kluar statement dekat TV reseat Exam Rabu 10 Sept.Lega..dah kena study balik..bagi fresh otak.



2) Second Exam Online.


Alhamdulillah Second Exam malam punya smooth sikit ...tiada masalah..boleh jawab dengan baik..sebab soalan sama ja..so cepat la sikit aku buat..walaupun xcepat mana bahagian B,. mana aku ingat jawapan untuk soalan math...so kena calculate semula la untuk kepastian..

Keesokannya result pun kluar...dan Alhamdullilah aku lulus..

Kalau ada rezeki tu adala kot..


3) Temuduga Kastam


Menurut pegawai SPA haritu..dia cakap Kali ni SAHAJA pegawai kastam TIADA ASSESSMENT CENTRE. So terus kepada temuduga sb dorg nak pakai cepat...aku pun xtau mcmana dorg nak interview beribu orang. ape pun sekarang cara study aku untuk temuduga peguasa kastam ni..apa aku tulis ni berdasarkan pengalaman orang lain dan bukan aku..so aku pun buat conclusion la.

Method Malekku : Baca Faham Dan Explain Dalam Bahasa Inggeris mengenai KASTAM dn sbg, sb pengalaman orang lain memang dalam bahasa inggeris..kenala tau juga.walaupun gagap ke ap..kena confident. sb dulu aku pergi interview Public Bank 3 Panel, aku sembang ja in english walaupun grammar trabur..atleast dorg paham..mostly interviewer nak tgk adalah confident dan naturality seseorang.

So..apepun study la dalam english..dan mockup la interview sikit..sembang sorg2 dalam bilik mndi ke..Tahniah kepada sapa yang berjaya..sapa xberjaya..rezeki ada dimana2..sb yang bagi rezeki bukan kerajaan..bukan boss...bukan sapa2...tapi Allah S.W.T

Salam selamat temuduga di masa yang akan diberitahu kelak!..adios 






[UPDATE]

Ni list soalan yang ditanya kepada calon Penolong Penguasa Kastam..itupun aku dpt kt blog org..

Antara soalan-soalan temuduga bagi jawatan ni: (P = Penemuduga, S = Saya)

P : Sila perkenalkan diri anda dalam bahasa Inggeris, boleh cakap Inggeris tak?
S : Hee~ Yes sir, then..bla....bla...bla....lah aku perkenalkan diri....

P : Sekarang ne study ke kerja?
S : Kerja tuan...

P : Boleh beritahu saya siapa Pengarah Kastam Labuan?
S : Bla... Bla... Bla...

P : Malaysia bersempadan dengan negara apa?
S : Bla... Bla... Bla...

P : Apa tugas Kastam ne?
S : Bla... Bla... Bla...

P : Kastam ne kerja kat tempat panas tau, kat  pelabuhan camtu... Ok ke buat keja2 camni?
S : Ok je.. Nama pun tugas kan..

P : Apa tugas awak kat tempat awak kerja tu?
S : Bla... Bla.. Bla....

P : Pernah dapat tawaran untuk sambung study tak?
S : Pernah...

1. Apa yang buat kamu tertarik dengan kerja kastam ni?
2. Apa kaitan course yang korang belajar kat U dengan kerja kastam?
3. Sebutkan 5 jenis cukai kastam yang anda tahu.
4. Kenapa bagasi2 penumpang yang keluar/ masuk negara perlu diperiksa?
5. Apa kesan penyeludupan kepada negara? Jelaskan dari segi ekonomi & lain2.
6. Misi Kastam?
7. Adakah dengan cara gov menaikkan cukai rokok boleh menjejaskan pasaran rokok?
8. Apa beza cukai dari pihak kastam dengan LHDN?
9. Apa beza cukai langsung & cukai tak langsung?
10. Isu semasa hari ni yang korang tau.


1. Perkenalkan diri dan latar belakang anda.
2. Kerjaya anda yang sekarang, bekerja atau masih belajar. Jika masih belajar, nyatakan dalam bidang apa dan mengapa anda memilih kursus tersebut.
3. Nama pengarah kastam dan jawatankuasa kastam yang terkini.
4. Tugas dan tanggungjawab kastam.
5. Isu-isu semasa di Malaysia.
6. Dasar-dasar kerajaan.
7. Mengapa anda nak kerja kerajaan.
8. Mengapa pihak kerajaan perlu ambil anda bekerja.
9. Fungsi jabatan kastam di Malaysia.
10. Jenis-jenis cukai.
11. Makan di Kentucky Fried Chicken (KFC) kena cukai tak? Kalau ada, berapa kadar cukai yang dikenakan?
12. Apa yang membuatkan anda mahu kerja di jabatan kastam?
13. Apa kaitan kursus yang anda pelajari dengan kastam?
14. Senaraikan 5 jenis cukai yang anda tahu.
15. Mengapa pemeriksaan perlu dilakukan pada setiap bagasi penumpang yang keluar masuk di Malaysia?
16. Nyatakan kesan cukai yang dikenakan pada jualan rokok di pasaran.
17. Nyatakan perbezaan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan cukai kastam.
18. Berikan perbezaan di antara cukai langsung dengan cukai tidak langsung.
19. Apakah sumbangan yang anda berikan kepada jabatan kastam.
20. Terangkan misi dan visi kastam.
21. Berikan cadangan yang boleh dibentangkan untuk meningkatkan prestasi kastam.
22. Di manakah anda boleh mendapatkan maklumat tentang kastam?
23. Apakah kelebihan yang terdapat dalam diri anda?
24. Di manakah lokasi ibu pejabat kastam?
25. Apa pendapat anda jika menerima gaji dari SPA yang lebih rendah dari tempat kerja sekarang?
26. Mengapakah kastam ditempatkan di kawasan seperti sempadan negara?
27. Nyatakan beberapa contoh barang yang dikawal masuk ke dalam Malaysia.
28. Berikan contoh duti yang dikenakan oleh kastam.
29. Apakah perbezaan kastam dengan imigresen?
30. Kastam diletakkan di bawah kementerian apa?
31. Menteri kewangan ada berapa orang?
32. Siapakah nama timbalan menteri kewangan?
33. Berapa gaji permulaan penolong penguasa kastam?

Tips menjawab soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam

1. Ambil tahu dan fahamkan skop kerja anda sebagai seorang Penolong Penguasa Kastam.
2. Ambil tahu isu semasa dan pengetahuan am.
3. Ambil maklumat dari mereka yang pernah ditemuduga dalam sektor awam.
4. Anggap diri anda sebagai bakal penemuduga.
[UPDATE] 

ada org buat fb...bgus2... FB Temuduga Penguasa Kastam

SHARE LERRR...

Amacam?...kalau ada rezeki...tak kemana...usaha..

Nak Pakai APA? Etika Pakaian Temu Duga SPA Penguasa Kastam W41

Sos: Ney, Ikhwan

2 comments:

dee said...

So, apa crt p inteview ari tu? Mohon gak tp xdpt...eemmm..Xsabar nk bace ni...;)
Btw, jln2 sini & follow..

Malek Ku said...

blum lagi....26hb nnt..huhu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...