Wednesday, September 17, 2014

Barangan Yang Tidak Dikenakan GST

Salam..Tak Lama lagi Pelbagai Barangan yang akan dikenakan GST (Goods & Service Tax), namun kat sini aku nak cerita atau Quote sikit Barangan Yang Tidak Dikenakan GST.



Pada Pembentangan bajet 2014, Najib Razak  dah bagitau siap-siap barangan2 tersebut tidak dikenakan GST (6%)

Antaranya:
Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan;
Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik; perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah; perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan; jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih.

Lagi satu..syarikat-syarikat yang tidak mempunyai perolehan pusingan RM500,000 setahun TIDAK BOLEH mengenakan GST.

GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015, so bersedia lah kita untuk melihat apa yang bakal berlaku. Mengikut statistik.. GST telah dilaksanakan di 160 Buah Negara :


Kalau kita lihat ASEAN ada 10 negara.. jadi 7 dah laksana GST, dan 3 belum laksana GST iaitu MALAYSIA, BRUNEI, MYANMAR.


Walaubagaimanapun GST dilihat ada baik dan buruknya, jika kita ambil contoh Tepung, walaupun tidak dikenakan GST.

Harga tepung, roti dan biskut yang dijual di pasaran bergantung pada kos penghasilannya – gaji, kos elektrik dan kos pengangkutan – yakni tiga kos yang dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan kos akan berlaku pada bayaran elektrik dan kos pengangkutan apabila GST dilaksanakan. Semua ini akan dimasuk kira ke dalam harga jualan produk yang baru dan lebih tinggi, yang akhirnya dibayar rakyat.
Ya, tepung tidak dikenakan GST. Tapi berapa ramai rakyat menggunakan tepung sebagai bahan asas untuk membuat makanan di rumah? Berapa ramai pula rakyat terus membeli produk yang dihasilkan tepung seperti roti dan biskut yang akan dikenakan GST sebagai makanan?
Apa pun..kita tunggu sahaja apabila GST dilaksanakan...walaupun sekarang dah mula kenaikan harga bagi sesetengah barangan supaya nanti rakyat tak terlalu terkejut...cuma kita jer xperasan..

Penyelesaiannya? ..kita sendiri la kena bekerja keras menambah pendapatan kita..sebagai contoh kerja part time ke kat sini "Kerja Part Time Online Yang Simple...MimplePimple " atau pun boleh la pindah dari malaysia...huhu

sebab kata Zahid Hamidi kalau tidak suka, sila keluar dari Malaysia” 

so..aku ambik pendekatan untuk berhijrah dari Malaysia ke Indonesia..


Memandangkan aku ada kawan indonesia ..dorg cakap antara benefitnya ialah :
  • Kahwin murah.
  • Makan minum murah
  • Rumah senang dibina

Tapi xkanla pasal GST pun nak pindah kan..huhu renung2 kan..selamat berGSt



source: TMI




No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...