Monday, January 20, 2014

Seks pra-perkahwinan atas dasar cinta [Bacaan 18 ke atas]

Heloo, ni ari bahasa baku sikit la ok, nmpk tittle pn dh tw. 

Sekilas kita mendengar perkataan “cinta”, yang terlintas pertama kali di fikiran kita adalah rasa suka dan sayang antara seseorang dengan yang lain. Tetapi apakah sebenarnya makna cinta? Seks, cinta, dan perkahwinan mempunyai hubungan yang berkait rapat antara satu sama lain. Seks yang dilakukan antara dua pihak bagi pasangan kekasih itu boleh dikategorikan sebagai sukarela dan bukannya secara paksaan oleh mana-mana pihak. Namun adakah seks yang dilakukan sebelum kahwin atas dasar cinta bermoral bagi pasangan kekasih? Dengan ini, saya akan berhujah bahawa seks pra-kahwin yang dilakukan atas dasar cinta adalah tidak bermoral kerana seks pra-perkahwinan yang dikatakan tidak bersifat kekal, maka kesetiaan cinta tidak boleh dibuktikan melalui seks bagi pihak lelaki dan wanita


[Betul atau tidak terpulang pendirian masing-masing ya.]



Tujuan pasangan kekasih bercinta adalah mendapat komitmen yang berkekalan sehingga menjejaki ke suatu alam percintaan yang matang atau memiliki hubungan percintaan yang kekal iaitu pernikahan. 

Saat terbahagia bagi pasangan kekasih adalah saat apabila mereka bertaut dalam sebuah perjanjian pernikahan yang suci dan setia. Ini bermakna kedua-duanya sanggup mengorbankan segalanya, berjanji sehidup semati, berkongsi segala suka dan duka bersama, dan membina sebuah rumah tangga yang bahagia. Bagi pasangan kekasih yang taat setia terhadap cinta, ikatan pernikahan adalah komitmen merupakan manifestasi yang penting untuk membuktikan hubungan cinta mereka yang kekal. Dengan perkataan lain, pasangan kekasih yang betul-betul taat setia mempunyai komitmen atau perancangan yang strategik ingin memiliki kehidupan rumah tangga yang bahagia dan seimbang melalui luahan cinta yang setia dari rohani dan seks yang sihat. Jadi, pasangan kekasih yang mempunyai komitmen akan mengekalkan percintaan mereka yang setia dengan melangkah ke arah merealisasikan impian mereka dengan berganding bahu.



Untuk membuktikan kesetiaan cinta terhadap pasangan kekasih, melakukan seks dikatakan boleh dijadikan bukti tersebut. 

Jika pasangan mereka tidak menuruti keinginan nafsu mereka, maka mereka akan beranggapan bahawa pasangan mereka tidak mencintai terhadap mereka. Ini adalah kerana pasangan kekasih muda kini beranggapan bahawa dalam satu percintaan mesti ada pengorbanan dengan memberikan apa saja yang boleh diberikan. Pengorbanan tersebut termasuklah perbuatan melakukan seks yang menyerahkan badan mereka kepada pasangan mereka. Pengorbanan yang diberikan telah dijadikan sebagai satu pengukur dalam kesetiaan percintaan mereka. Terdapat sesetengah pasangan sanggup mengikuti segala kemahuan pasangan mereka iaitu melakukan seks semata-mata demi mengelakkan kecurigaan pasangan kekasih mereka terhadap kesetiaan cinta mereka dan mengelakkan daripada ditinggalkan oleh kekasih. Dengan adanya hubungan seks, terbuktilah cinta sesama pasangan kekasih dan hubungan mereka akan berkekalan. Namun, jika tidak ada hubungan seks antara pasangan kekasih, maka kesetiaan cinta tidak diketahui sebagai benar atau tidak. Dengan demikian, seks telah menjadi satu ukuran bukti dalam hubungan percintaan pasangan kekasih.


Tetapi, tidak terdapat alasan yang munasabah bahawa 
hubungan kekasih yang melakukan seks sebelum kahwin akan kekal kerana tiada jaminan bahawa hubungan mereka akan kekal

Jika mereka belum diiktiraf sebagai sepasang suami isteri, maka tidak nampak bahawa hubungan mereka mempunyai dasar yang mana hubungan ini dapat dikekalkan dengan secara sah. Jadi, jika pasangan kekasih yang belum berkahwin tidak dikehendaki bertanggungjawab atas tindakan seksual mereka yang dilakukan, maka risiko ditinggalkan oleh kekasih juga tinggi kerana tiada benda yang boleh menjamin keberkekalan hubungan bagi pasangan kekasih. Oleh yang demikian, jika hubungan percintaan tidak dijamin kekal, maka seks bukan bukti kepada kesetiaan cinta dalam hubungan cinta



Mungkin boleh dibangkangkan bahawa kesetiaan cinta antara pasangan kekasih tidak akan dijejaskan dengan hubungan seks. 

Pasangan kekasih melakukan seks pra-perkahwinan untuk membuktikan bahawa mereka cinta dan setia kepada kekasih mereka. Namun, hubungan seks sebelum atau selepas kahwin ini tidak ada apa-apa impak terhadap pembuktian kesetiaan cinta antara pasangan kekasih. Seks merupakan perbuatan yang melibatkan persentuhan badan untuk menikmati kepuasan antara pasangan kekasih tetapi kesetiaan bukan satu benda yang nyata dan boleh disentuh. Ini menimbulkan satu persoalan bahawa bagaimana kesetiaan cinta boleh dibuktikan dan ditunjukkan kepada para kekasih ? Hanya hati manusia yang menguasai kesetiaan cinta. Apabila kekasih tidak mempunyai rasa cinta dalam hati mereka, maka kesetiaan mereka tidak wujud lagi.



Jika benar kesetiaan cinta tidak akan dijejaskan dengan hubungan seks, maka perkahwinan tidak memberi sebarang makna kepada pasangan kekasih. 

Seandainya seks boleh dilakukan secara bebas sebelum atau selepas mereka berkahwin, perkahwinan tidak lagi bererti bagi pasangan kekasih yang membuat keputusan untuk berkahwin. Oleh yang demikian, jika perkahwinan itu tidak bererti bagi pasangan kekasih, maka seks yang dilakukan tidak boleh dikatakan sebagai sesuatu yang istimewa.

 Sebagai contoh, seorang lelaki boleh bercinta dengan seorang wanita dan melakukan seks dengannya lalu berpisah dengan wanita tersebut dan mencari teman wanita yang baru untuk melakukan seks. Perkara ini menunjukkan lelaki tersebut telah biasa melakukan seks biarpun sebelum kahwin



The End

**Sebenarnya nk share sikit asgnmt lama dlu dari subject kemahiran komunikasi , skg menjadi topic hangat. Sebab buat asgnmt dlu Scribd kena upload document baru ble download document org lain, so xsangka plak ble mencecah 600+ org membaca...

Fuhhh... so nk kongsi la korng apa inti pati nya.

#Winnie


No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...