Monday, August 15, 2011

Akhirnya Fabregas ke Barcelona!

Salam...

Cesc Fabregas will undergo medical in Barca

MADRID: Cesc Fabregas akhirnya kembali ke kelab sewaktu zaman remajanya, Barcelona selepas menempuh masa yang panjang untuk kelabnya Arsenal memuktamadkan perpindahannya.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu akan menjadi milik Barcelona sebaik dia menandatangani kontrak serta menjalani pemeriksaan perubatan hari ini.
Media Sepanyol melaporkan nilai perpindahan Fabregas sekitar 40 juta Euro ($AS57 juta).




Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berkata kelab itu agak berat hati untuk melepaskan Fabregas.

“Bagaimanapun, kami difahamkan ini kehendak Cesc untuk berpindah semula ke kelab di kampung halamannya dan kami perlu menerima tawaran daripada Barcelona ini," kata Wenger dalam laman web kelab itu hari ini.

Fabregas kembali ke kelab yang bertanggungjawab membentuk dan mengasah bakatnya sebelum menyertai Arsenal pada 2003.

Dia menjadi pemain termuda Arsenal dengan menyertai kelab itu sebagai pemain utama ketika berusia 16 tahun dan menjadi kapten pada November 2008.
“Ia memakan belanja dan menjadi tanda tanya selama dua tahun. Ia bagai kepulangan seorang anak ke tanah airnya kerana kami menganggap dia sebahagian daripada kami di sini," kata Presiden Barcelona, Sandro Rossell. - AP


Source : Soccernet.com , Berita Harian

4 comments:

mindaKhayaLan said...

aku merindui mu..fabregas...hehe

si macho said...

bia feeza macho je lahh ganti bhahahhaha

memang ini saja caranya

Fadzli Amir said...

Salam kenal....bila la diorg nak ambil orang malaysia...hehehehhe

Malek Ku said...

haha..welcome cesc...org malaysia?...tunggu malaysia masuk world cup lu....huhu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...