Tuesday, April 5, 2011

Jangan Nikahi Wanita Ini!

Salam..sekadar perkongsian untuk semua...

Dicatat oleh imam Al-Ghazali

" Jangan engkau kahwini yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang syadaqah"


Wanita Ananah:
Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:
Suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan "aku membuat itu keranamu"


Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayang kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah:
Ada dua makna. Pertama yang sepanjang hari mengilat dan menghias mukanya.Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.


Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.




Sekian saja...renung-renungkan...dan ingatlah...manusia boleh berubah..


Sumber:. Suratkhabar IluvIslam edisi Mac.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...