Tuesday, January 11, 2011

Macamana Nak Tahu Samaada Hati Kita Berkata-kata @ Syaitan Yang Berkata2?

Salam semua..

Berjalan dari satu blog ke satu blog amat bagus....saya telah menjumpai apa yang saya cari selama ini...

Selalunya kita susah nak kenal pasti sama ada hati kita yang berkata-kata ataupun bisikan syaitan yang berbicara....

akhirnya saya telah jumpa jawapannya....

Sebenarnya kebanyakan darinya tergolong dalam bisikan syaitan....


  • Waswasah
Membisikkan keraguan pada manusia semasa melakukan kebaikan atau amal salih.Misalnya
was-was sama ada sudah melaksanakan duduk tahiyat awal pada solat tiga atau empat rakaat.



  • Tazyin

Membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan.Segala yang berbau maksiat dilihat indah dan
mengasyikkan.Misalnya, merpati dua sejoli yang lebih mesra dari pasangan suami isteri.Kemesraan
berdua-duaan tanpa nikah dilihat lebih nikmat dan mengesankan daripada setelah diijabkabulkan.



  • Tamanni

Memperdaya manusia dengan khayalan dan angan- angan.Misalnya,kita berniat hendak solat tahajud
dengan menetapkan jam loceng pada jam tiga pagi.Apabila loceng berbunyi kita segera mematikannya
dan menyambung tidur semula.Kita mengulanginya berkali-kali dan inilah disebut strategi tamanni



  • A'dawah

Berusaha menanamkan permusuhan.Syaitan berikhtiar mewujudkan permusuhan sesama manusia
apatah lagi sesama suami isteri,adik beradik dan jiran tetangga.Bermula dengan prasangka buruk,maka
tumbuh la sikap itu dlm diri manusia.



  • Takhwif

Strategi menakut-nakutkan.Misalnya merasa takut akan jatuh miskin sekiranya menginfakkan atau
mendermakan sebahagian daripada harta.Adakalanya takut disebut alim kerana datang ke majlis ilmu
agama.



  • Shaddun

Berusaha menghalang manusia daripada menjalankan perintah Allah dengan pelbagai cara.Misalnya,
merasa malas untuk solat dan mengantuk ketika membaca Al quran.Inilah SHADDUN.



  • Wa'dun

Membuat janji palsu.Syaitan memujuk manusia agar memberikan janji-janji yang menggiurkan dan
manusia mempercayainya.Misalnya, lelaki yang berjanji menikahi perempuan yang dinodainya tiba-tiba
lesap dan tidak mahu bertanggungjawab.



  • Kaidun

Helah dan tipu daya.Dengan memerangkap manusia untuk bertangguh dalam melakukan pekerjaan.
Akhirnya kerja yang dilakukan tidak memberikan hasil yang memuaskan.



  • Nisyan

Lupa.Syaitan berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk menutup tanggungjawab.
Kalau benar-benar lupa itu adalah lumrah manusiawi.Namun jika buat-buat lupa kta sudah terjebak
dengan strategi nisyan.




Skarang sudah jelaslah....fikir-fikirlah apa yang kamu rasa skarang?...


salam..


dipetik dari :sahabat dan Laillahailallah.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...