Friday, December 3, 2010

Uncle Carian kena saman...buat cerita lagi...

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan

tula..lain kali jangan dok cari pasai....dia cakap nak dedahkan kemungkaran..tapi aku nengok lebih kepada  mengaibkan orang jer...ingatlah..kalaw harini kita sembunyikan aib orang... di akhirat nanti Allah akan sembunyikan aib kita pula...

sekadar peringatan kepada saya dan rakan

2 comments:

amira said...

"polis maksiat" ni beroperasi ikut cara tak betul... adoi

Malek Ku said...

yup...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...