Wednesday, November 24, 2010

“SIAP satu muka surat, dia tertidur, siap satu muka surat, dia tertidur lagi"


Selepas 15 minit tertidur, baru saya kejutkannya supaya menyambung semula kerja sekolah yang dibuatnya tadi.

“Kadang-kadang tengah makan pun dia boleh tertidur di meja makan,” ujar ibu kepada Melinda Tan Ming Hui, 12, tentang anaknya itu yang menghidap penyakit kerap tidur yang dikenali sebagai narkolepsi.

Melinda merupakan murid cemerlang yang mendapat 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini walaupun menderitai penyakit pelik itu.

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming, Melaka itu diceritakan ibunya akan tertidur setiap dua jam pada waktu siang. Ada masanya, 10 minit sekali dia boleh terlelap.

Apabila malam, untuk masuk tidur, dia boleh melelapkan mata dengan pantas iaitu dalam masa lima minit.

Simptom

Beberapa minit kemudian, lelapnya sudah mencapai tahap lena. Selepas satu jam tidur, Melinda akan mengalami mimpi seram, mengingau lalu menjerit.

Menurut ibunya, Irene Tan, Melinda pada asalnya tidak begitu. Malah, dia seorang yang sangat suka belajar.

Lagi:Kosmo

2 comments:

zaL_cdpx said...

oo..gtu ek ! mcm2 ek pnyakit mnyerang umat akhir zaman !!!
NAUZUBILLAH ~
bhya klau bsr n nk drive !

Malek Ku said...

yup =]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...