Monday, November 15, 2010

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Di Tepi Jalan

Ini adalah persoalan biasa..masa aku kecik2 dulu slalu je jumpa duit,,,n kawan aku cakap lepas 3 hari buleh ambik..tp betul ker?..xbetul..kawan aku sembang aku jer..sb dier pun xtau..ceh... haa ni yang sebetulnya...


Soalan:

Assalamualaikum ustaz.. saya ada persoalan

1. apakah hukum mengambil duit yang dijumpai tepi jalan, tak kisah beraapa pun jumlahnya.. sebab tak silap saya, pernah saya terbaca dlm majalah agama kanak2 (tak ingat nama majalah), ada ckp kita tak boleh mengambil duit yang dijumpai kerana kadang2 itu adalah ujian dari syaitan yang nak tengok keikhlasan kita

2. apakah hukumnya sekiranya duit yang dijumpai tu, saya ambil dan masukkan ke dalam tabung2 kebajikan atau tabung masjid.

harap ustaz dpt memberi pandangan.. jazakallah


Jawapan:

Wa`alaikumussalaam

Kepada seseorang yang percaya amanah dirinya dia boleh ambil duit yang ditemui terbiar
dia boleh memilikinya dengan syarat dia mengiklankan selama setahun. Jika dapat dikesan tuannya hendaklah harta tu diserahkan kepada tuannya. Jika selepas setahun tidak didapati tuannya bolehlah dia memiliki harta tersebut.

2.Ada ulamak yang mencadangkan harta yang tidak boleh diserahkan kepada tuannya hendaklah disedekahkan dengan niyat sedekah bagi pihak tuannya. Seolah-olah kita bertindak sebagai wakil.
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com


So..lepas ni jgn memandai nk main ambik je...n jgn cakap "rezeki...ambik jelah.."..hehe jgn sesekali..

Sumber:  IluvIslam

6 comments:

Ainismaira said...

Kne iklankan setahun ek.. isk2.. kecik2 dah banyak jmpe duet wat beli ckelat.. hehe.. btw tq sharing ye :)

Malek Ku said...

hehe..kecik mestilah...semua bnde kecik nmpk..hehe

nur balqis said...

Klau jumps duit org yg bukan Islam, macam mana?

n shahinaaz said...

Setahun sebab memang Ada dalam hadith nabi saw , kene iklankan setahun

n shahinaaz said...

Macam mana tahu duit bkn org Islam? Kalau tahu bukan org Islam punya,maknanya tahu lah siapa punya kan?

szka. co said...

kalau jmpa rm50 pastu sdkah rm10 dan slbhnya ambil boleh tak ? ehehehhehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...