Isnin, 29 November 2010

Hukum Makan Siput Babi



Soalan:

Assalamualaikum

ada seorang rakan saya menimbulkan satu persoalan..
bolehkah kita makan siput babi? dalam hati saya kuat mengatakan tak boleh,
tetapi saya tidak ada hujah yang kukuh untuk mengatakan tak boleh makan siput babi.harap para ustaz dapat rungkaikan permasalahan ini.syukran.


Jawapan:


Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).

Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam.

Dari: Al-ahkam.net

Untuk sapa yang nak try ada kat K.L Restaurant Rendesvouz somewhere area bulatan kampung pondan
Pfft!.. xsanggup den nak makan siput babi! Gulp!

9 ulasan:

ila berkata...

nak makan siput babi???????....
dgr nama pun dh x sanggup huhuu...
byk bnda lain lg blh mkn..

misz myza berkata...

erkkkk.. mmg x snggup nk mkn jugak... rasa geli nak muntah je... huhuhuhu...

Malek Ku berkata...

wekk..xdapat bygkan lendirnya...Y%$#@*K nk muntah...hehe

hans berkata...

hahahaha
tak sanggup nak makan weih

P/S : Alhamdulillah! 1st Time Traffic Blog Nih Banyak Macam Nih!

P/S : Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?

ijatnuar87 berkata...

arghhh...xleh bayangkn lendir2 tu...diorang isap cam siput sedut ker?

Malek Ku berkata...

tapi ada juga..kat restaurant jual...huhu... ntahlah dorg makan cmna jat...geli nmpkny

carr jalil berkata...

cne ea..
nak mkn..bygkn~~~

una berry berkata...

nama pun ada babi
so I'm like..ewwwwwww!!
belum terdesak nak makan lagi
heh

n u r k i m a berkata...

yoo~..geli la...mesti rasa cam gummy..
sipu+babi=semi haram..wahahaha~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...