Thursday, October 21, 2010

Mi kuning untuk kurus

DEKAN Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Prof. Rozman Din (kiri) mencuba rasa mi kuning kering di Pulau Pinang.


PULAU PINANG - Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang sesuai untuk mereka yang mahu menguruskan badan selain mengawal penyakit diabetes.

Hasil kajian yang diberi nama 'Neodles' itu bukan sahaja mempunyai rasa seperti mi biasa tetapi juga memberikan rasa kenyang lebih lama selain memperlahankan kadar kemasukan gula ke dalam badan.

Menurut ketua penyelidiknya, Prof Madya Azhar Mat Easa, 'Neodles' adalah produk mi tempatan yang telah melepasi ujian klinikal.

"Ia direka menggunakan formulasi khas dan kaedah penyediaan yang menggalakkan pembentukan silang paut protein yang mampu memerangkap kanji serta diperkuatkan lagi dengan penambahan campuran kanji rintang penghadaman.

"Hasilnya, Neodles sesuai untuk mereka yang sensitif terhadap kandungan gula dan jika anda memakannya pada waktu pagi, rasa kenyang boleh kekal sampai ke malam,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tiga individu lain yang terlibat dalam penyelidikan selama setahun itu ialah Dr. Abbas Alkarkhi, Saifullah Ramli dan Yeoh Shin Yong menggunakan geran RM900,000 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...