Wednesday, October 13, 2010

Cerita Disebalik Penyokong Kelantan Meninggal Dunia Selepas Menonton Bola

SHAH ALAM 12 Okt. – Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.

“Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.

“Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.

“Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.

..OK...kematian dia tiada mengena dengan kekecohan yang berlaku...memang dia sakit..sesak nafas...xde sape pun pukul ke ap die...TIADA KAITAN ok...

Yang aku sakit hati baca status budak ni jer...ish apelah...come on lah.. b matured..

Yang aku nak Highlight kat cni...si mamat kurang ajar ni..dan pengakuan dia...ish3.... insaflah... xperlulah kita nak gaduh2..dapat ap?..bawak Istifar banyak2.....alfatihah kepada allahyarham....




Sumber: Kelate.net

4 comments:

Al said...

ntah, mcm2 dgr psl ni
tp xsangka bole dorg komen kt fb cmtu plk..

baby_busyuk said...

tu la..agak melampo mamat post kat fb cemtuh..ni time dier..esok time kita macam mana tak tau..haih~~

NURULekmiRabat said...

Ya..Allah..awat mamat tu post camtu..bila Allah kurnia akal tak guna camni la..

Malek Ku said...

biarlah dia...harap2 dia dapat petunjuk dan jadi baik...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...