Wednesday, August 4, 2010

14 year old girl didnt deserve this....Life is Unpredictable......








Nama saya Lia. Saya mempunyai masalah yang sangat berat dan saya tak tahu nak luahkan kat siapa. Saya berusia 14 tahun dan saya sebenarnya tak tahu macam mana nak mulakan kisah saya ni.

Ibu bapa saya bercerai sejak saya kecil lagi. Ayah saya ada perempuan lain dan sebab itulah ibu dan ayah bercerai. Semasa kecil, ayah ada bawa saya dan abang berjumpa dengan perempuan itu. Tapi sekarang ayah dan dia telah putus hubungan. Yang menjadi masalahnya sekarang saya duduk dengan ibu di sebuah kawasan pedalaman manakala ayah dan dua orang abang saya yang lain duduk di ibu kota.

Sejak ibu dan ayah bercerai, ibu menjadi seorang yang sangat pemarah dan memandangkan saya duduk dengan ibu, jadi saya lah yang terkena tempiasnya. Ibu seorang yang baik tetapi mungkin kerana kesempitan hidup ibu jadi begini.

Ibu selalu salahkan ayah kerana sebelum ayah kenal dengan perempuan itu hidup kami senang tetapi selepas itu hidup kami berubah. Pantang silap sikit, ibu akan marah bagai nak rak dan saya lah yang kena. Saya selalu menjadi tempat ibu melepaskan geram dengan ayah dan saya sangat tertekan dengan kehidupan saya.

Sebelum ini, saya tinggal di KL tetapi berpindah ke kawasan pedalaman jadi sebab itulah saya rasa tak selesa. Ibu pula tak pernah berubah. Benda kecil pun boleh menjadi besar. Abang-abang saya pula tinggal di KL memandangkan mereka telah habis sekolah dan meninggalkan saya seorangan di sini.

Kadang-kadang saya menangis sendiri mengenangkan nasib saya. Ibu selalu ajak ayah rujuk semula tetapi ayah taknak. Sekarang saya faham kenapa ayah tak boleh hidup bersama dengan ibu semula sebab ibu sangat bengis. Saya benci dengan hidup saya sekarang. Ayah selalu menasihati saya supaya bersabar. Ibu pula berasal dari johor dan kalau saya bergaduh dengan ibu, dia selalu ugut saya nak tinggalkan saya.

Saya hanya kesiankan ayah kerana ayah ada sakit jantung. Saya bukannya berasal dari keluarga yang senang, jadi kalau ibu tinggalkan saya, saya kesian ayah nanti terpaksa tukarkan saya ke sekolah lain dan nanti kena pindah. Saya sangat stress dengan kehidupan saya dan saya pernah cuba berbincang dengan ibu tapi ibu bukanlah seorang yang boleh diajak berbincang.

Ibu juga sakit jadi, saya serba salah tak tahu nak luahkan kat sape. Saya malu untuk luahkan kat kawan-kawan yang ibu dan ayah dah bercerai. Kadang-kadang saya rasa Allah tu tak adil dengan saya. Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni...




Pesanan dari saya..bersabarlah... hidup ini xsemestinya indah..


Dipetik dari Gua.com



4 comments:

SyafiqDe'Albuquerque said...

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, " sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

Malek Ku said...

bagus syafique

brat2104 said...

tuhan xkan uji kita dengan ujian yg x mampu kita terima. kalau awak diuji gitu, maknanya awk mmg tabah orgnye.. percaya la.. sabor ye.. (tolong sampaikan pada pencerita asal)

Malek Ku said...

pencerita asal mungkin sudah tidak melayari internet..saya pun tidak pasti... betul kata-kata brat2104



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...