Monday, June 21, 2010

Jangan Mengeluh. Bersyukurlah...Kenapa?




Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan lari daripada ditimpa masalah. Perkara paling mudah untuk dibuat ialah mengeluh. Kita boleh memberikan pelbagai jawapan untuk masalah kita itu. Tetapi untuk bersyukur memang begitu susah untuk menyatakannya.


1. Kita masih mempunyai keluarga dan bukannya yatim piatu atau terbiar tanpa arah tuju.

2. Kita sihat dan tak perlu dibayar untuk bernafas.

3. Kita tidak perlu tidur beralaskan bumi dan berlangitkan bintang.

4. Masih boleh mendengar muzik, mencium bau dan merasa makanan yang enak-enak.

5. Kita mempunyai kawan untuk diajak bersembang, makan bersama atau berjalan-jalan di hujung minggu.

7. Kita masih mampu ketawa apabila menghadapi saat yang melucukan.

8. Kita mampu menangis apabila melihat sesuatu yang mengharukan walaupun tiada kaitan dengan kamu. Ternyata kita masih mempunyai perasaan.

9. Kita hidup dalam Negara Malaysia yang tercinta ini, yang bebas dari perang.

10. Kita bebas untuk memakai apa sahaja pakaian yang kamu kehendaki.

11. Kita mampu membuat orang lain ketawa dan gembira.

12. Kita masih ada tempat untuk mengadu masalah.

13. Kita bebas untuk memilih apa yang kamu mahukan dalam hidup asalkan kamu rajin berusaha.

14. Kita hidup di zaman moden. Kita masih boleh curi tulang atau berehat semasa bekerja dan bukan buruh yang dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji.

Muhasabah diri.. :)

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...