Sunday, June 20, 2010

Bolehkah Seorang Bapa Memaksa Anaknya Berkahwin?




Ok..saja nk share something...Ada sesetengah kes, yang mana seseorang bapa memaksa anaknya berkahwin dengan lelaki pilihannya, tanpa mendapat persetujuan dari anak perempuannya sendiri dengan alasan, bapanya itu dikira sebagai ”wali ijbari” iaitu wali yang boleh memaksa anaknya kahwin. Tindakan sebegini menyanggahi maqasid Islam yang meletakkan asas perkahwinan sebagai sesuatu ketenangan, kasih sayang dan membahagiakan kehidupan.

Pada hakikatnya seseorang bapa tidak boleh memaksa anak gadisnya berkahwin dengan sesiapa yang dipilihnya, tanpa mendapat persetujuan dari anak gadisnya sendiri. Sebaliknya, sesuatu keputusan hendak mengkahwinkan anak gadisnya, hendaklah mendapat persetujuannya terlebih dahulu, walaupun lelaki itu adalah pilihan si bapa sekalipun.same thing untuk lelaki juga..

Sabda Rasullulah s.w.t. yang bermaksud:
“Seseorang anak gadis tidak boleh dinikahkan hinggalah diminta izin daripadanya. Seseorang janda tidak boleh dikahwinkan melainkan mendapat persetujuannya.”

Sahabat Nabi bertanya Rasullulah, “Wahai Rasulullah, bagaimana izinnya itu?”

“Apabila dia berdiam diri” jawab Nabi ringkas.

1 comment:

dianafisa81 said...

ye..betul..diam tanda setuju.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...