Thursday, May 13, 2010

Nabil Lupa Ingatan Akibat Kemalangan??




pergh...Jam 12 tengah hari semalam, Nabil telah kehilangan datuk kesayangannya. Niatnya untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis pengebumian arwah bertukar menjadi tragedi apabila dia sendiri terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Damansara.

Kejadian berlaku pada 6.05 petang, di hadapan stesen minyak Petronas berdekatan Ikea. Nabil dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang ingin memasuki simpang. Apabila gagal mengawal motosikalnya, Nabil terjatuh.

Nabil mengalami luka di tangan serta kecederaan di rusuk belakang. Kesan hentakan itu juga menyebabkan Nabil mengalami gegaran di otaknya. Bagaimanapun, menurut pengurus Nabil, Latip, dia kini dalam keadaan stabil.

“Masa kemalangan, Nabil jatuh dan kepalannya terhentak di atas jalan. Dia mengalami gegaran di otak akibat hentakan itu dan dia pengsan. Bila dia terjaga, dia lupa ingatan. Kami ada tanya dia apa yang berlaku, tetapi dia langsung tidak ingat apa-apa yang berlaku sepanjang hari ini.

“Sepatutnya Nabil kena tahan wad. Doktor arahkan dia diberi pengawasan selama 24 jam. Tapi dia tak nak. Dia nak balik rumah. Sekarang ini dia dijaga oleh P.A dia. Alhamdulillah, keadaan Nabil tak teruk sangat sebab dia pakai ‘safety suit’ ketika itu,” ujar Latip ketika dihubungi.

Tambah Latip, bergantung kepada keadaan kesihatannya, kemungkinan besar Nabil akan dibawa pulang ke kampung esok.

Baru sebentar tadi, GUA bertemu Nabil di majlis pra-tonton filem ‘Kecoh Betul’. Namun, selepas selesai tayangan filem, kelibat Nabil tidak kelihatan. Difahamkan, Nabil telah tergesa-gesa meninggalkan majlis untuk pulang ke kampungnya.

Ini merupakan kali kedua Nabil terlibat dalam kemalangan selepas kejadian di Bukit Jelutong, April tahun lalu. Sesuai dengan filem terbaru lakonannya, ‘Kecoh Betul’, memang kecoh betul bila GUA terdengar berita kemalangan Nabil ini...

Irma: Saya boleh nasihatkan dia tapi...
“Kami ada berjumpa beberapa minit sebelum itu. Dia datang jumpa saya di The Curve, nak beritahu dia nak balik Seremban. Empat, lima minit kemudian, dia telefon saya. Katanya dia ada kat depan dan minta datang sekarang. Masa tu, saya dah jangka dia jatuh motor,” cerita Irma Hasmie pada GUA.

“Dari jauh saya dah nampak ramai orang berkumpul. Dia tak langgar kereta tu. Dia mengelak. Sebab tu dia terjatuh berguling sampai masuk bawah kereta. Nasib baik pemandu tu sempat brek. Dia terseret juga kat jalan sampai seluar dia koyak. Nasib baik dia pakai ‘safety boots’ dan jaket. Motor dia pun tak teruk, hanya patah ‘clutch’.”

Tambah Irma, sampainya di lokasi kemalangan, Nabil sudah diusung keluar dari bawah kereta.

“Dia ‘lost’ sekejap. Dia tanya saya balik apa yang berlaku, macam mana dia boleh kat situ.”

Kata Irma, awalnya takut juga jika Nabil mengalami pendarahan dalaman. Setelah diperiksa doktor dan menjalani imbasan X-ray, Nabil dikatakan tidak menanggung kecederaan dalaman, hanya mengalami lebam teruk di mata, kaki, dan pinggang. Tetapi dia dikehendaki menjalani pemeriksaan lanjutan selepas tiga hari.

Memandangkan ini dah masuk kali kedua Nabil terlibat dalam kemalangan, adakah Irma akan cuba nasihati Nabil untuk berhenti dari menunggang motosikalnya?

“Saya boleh nasihatkan dia tapi yang memutuskannya, dia-lah. Tapi dia degil sikit. Dia suka dengan benda-benda ‘adventure’ ni. Dia selalu pergi ‘ride’ dengan ‘bike club’-nya. Hobi dia. Tapi dari segi keselamatan tu, dia selalu ‘prepare’ dengan sut-nya, boot…”-From GUA.com

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...